GEMBIRA dengan pertunangannya dengan buah hati, Lottie Rainbow bagaimanapun tetap risau. Ujar wanita itu, dia malu untuk menayang cincin pertunangannya kerana mengalami masalah berkaitan kulit, ekzema. Dia yang kini berusia 26 tahun mengalami ekzema sejak masih kecil lagi. "Saya tak ingat sejak bila ada ekzema, sudah lama. "Ia memberi kesan kepada keyakinan diri sata, menyebabkan saya jadi kanak-kanak yang pemalu," ujarnya. Kata Lottie, dia kini tidak lagi risau setelah mengamalkan satu krim murah untuk kulitnya. "Ekzema sukar untuk sembuh tapi dengan krim yang tepat dan perubahan gaya hidup, ia membantu mengurangkan ekzema," katanya lagi. - The Sun.