BERCERITA mengenai anggota polis, tugas mereka pastinya terarah kepada operasi membanteras jenayah. Namun kadang-kala, mereka turut menerima tugasan yang tidak masuk akal. Di Indiana, utara Amerika misalnya, seorang pelajar bertindak menghubungi talian kecemasan 911 gara-gara tidak dapat menyelesaikan kerja sekolahnya. Dikenali sebagai Colorado, murid berusia sepuluh tahun itu tanpa berfikir panjang membuat panggilan ke talian 911 untuk menyelesaikan soalan pecahan dalam subjek Matematik. Menariknya, anggota polis iaitu Antonia Bundy turut memberi respon yang baik dengan membantu menyelesaikan soalan yang dihadapi pelajar itu. Selain itu, rakaman audio panggilan berkenaan turut dimuat naik ke laman Twitter. Malah, murid itu turut mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas tindakannya itu. - Global News.