suria

Percutian bersama keluarga terbantut gara-gara pasport koyak

Pasport James sidikit terkoyak yang menyebabkan dia dilarang menaiki pesawat.

SEORANG ibu mendedahkan perancangan untuk cuti bersama keluarga tidak kesampaian apabila salah seorang anaknya tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Claire Adams bersama suami, Richard dan tiga orang anaknya, james,22, Georgia,19 dan Lewis 16 tahun dalam perjalanan untuk berlepas ke Aruba, Caribbean.

Namun perancangan mereka lima beranak terbantut apabila James tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana pasportnya sedikit terkoyak.

Pasangan itu telah menghabiskan lebih 5,000 paun untuk tiket dalam perbelanjaan mereka termasuk penginapan di sebuah hotel lima bintang di Hotel Riu Palace.

Claire,46, tidak berpuas hati dengan dengan larangan tersebut dan telah meneliti syarat-syarat kerajaan berkaitan dengan pasport yang mendapati bahawa tidak ada sebarang masalah sekiranya wajah di dalam pasport itu jelas.

"Salah seorang wanita datang dan menjerit 'dia tidak akan pergi ke Aruba. Dia tidak boleh pergi'.

"Ia sangat memalukan. Suami saya terkejut. Anak perempuan saya menangis dan James sangat takut.

"Saya cuba menenangkannya kerana James bimbang akan ditahan."

Berikutan kejadian itu, Claire dan suaminya membuat keputusan pergi bercuti bersama anak perempuannya sahaja, manakala dua anak lelaki mereka terpaksa pulang ke rumah.

"Tiada seorang pun krew kabin datang menanyakan keadaan kami yang agak tertekan ketika itu."

Selepas mereka kembali dari percutian, Claire terus menuju ke pihak kastam dan bertanyakan perkara tersebut.

"Semua mesin imbasan layan diri hanya perlu menunjukkan satu muka surat sahaja. Dan pasport James langsung tiada masalah.

"Kami sangat kecewa." - mirror.co.uk

Aruba, pasport, koyak

Artikel Lain