suria

Remaja kritikal terjatuh balkoni tingkat 3 gara-gara nak ambil fon kepala

Seorang remaja yang kritikal akibat terjatuh di balkoni dimasukkan ke Hospital Careggi di Florence, Itali. Foto Wikicommons

SEORANG remaja warga Britain dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari balkoni hotel pada ketinggian 6 meter.

Remaja berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan serius di kepala dalam kejadian di Florence, Itali.

Menurut laporan, sebelum kejadian, mangsa memanjat balkoni bagi mengambil fon kepala yang terjatuh di bahagian tingkap dekat balkoni tingkat tiga bangunan hotel.

Bagaimanapun, penghadang tidak kukuh menyebabkan mangsa terbalik sebelum jatuh ke tanah.

Kekasih mangsa hanya beberapa meter dari lokasi kejadian.

Remaja tersebut dimasukkan ke Hospital Careggi, Florence. - Mirror UK

balkoni, hotel

Artikel Lain