suria

Wanita selamat bersalin bayi sulung dalam tab mandi dengan bantuan suami

Leo membantu isterinya bersalin di dalam tab mandi.

SEORANG lelaki membantu isterinya bersalin anak pertama mereka di dalam tab mandi selepas diarahkan pihak hospital untuk pulang ke rumah terlebih dahulu.

Leo dan LeeAnn Beinaime berkata mereka pergi ke Pusat Perubatan Naval Portsmouth bulan lalu untuk proses kelahiran anak sulung mereka.

Namun pasangan itu diarah pulang selepas menghabiskan empat jam di bilik menunggu.

"Saya diberitahu saya perlu datang kembali apabila kontraksi saya semakin kerap," kata LeeAnn.

Sebaik tiba di rumah mereka, LeeAnn mundar mandir di bilik mandi.

Dia sudah boleh merasakan kepala bayinya sudah keluar tetapi cuba menahan proses kelahiran itu sehinggalah bantuan tiba.

Namun dia sudah tidak boleh bertahan. LeeAnn masuk ke dalam tab mandi dan Leo menghubungi 911 ketika mereka bersedia menyambut bayi tersebut.

LeeAnn akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki menerusi bantuan suaminya. - Metro.co.uk

bersalin, tab mandi, bayi sulung

Artikel Lain