SEORANG lelaki akhirnya dibedah untuk membuang tanduk sepanjang empat inci di bahagian atas kepalanya. Shyam Lal Yadav, 74, berkata, tanduk itu tumbuh di kepalanya sejak lima tahun lalu. Ujar bekas petani itu, dia pergi bertemu doktor di hospital apabila tanduk berkenaan semakin membesar. Dikenali sebagai tanduk sebaceous, ia diperbuat daripada keratin, bahan sama dalam pembentukan rambut dan kuku kaki manusia. Dia menjalani pembedahan untuk membuang tanduk itu di Hospital Bhagyoday Tirth di Sagar, India. "Sekitar lima tahun lalu, pesakit alami sakit kepala sebelum ia tumbuh. "Dia tak hiraukan pada mulanya sebab ia tak memberi kesan. "Dia akhirnya ke hospital apabila ia semakin membesar," ujar pakar bedah, Dr Vishal Gajbhiye. - Daily Star.