suria

Padah temu janji Tinder, wanita tak sedar apa yang berlaku sehingga bangun tidur

Kata wanita itu, dia hanya sedar separuh pakaiannya sudah tiada selepas bangun tidur. FOTO: Images/Monkey Business.

SEORANG wanita berusia 20-an bersetuju untuk keluar makan malam dengan lelaki yang ditemuinya menerusi aplikasi temu janji Tinder.

Menurut wanita dari Llandudno, Wales itu, dia bagaimanapun mula berasa pelik seleas hampir selesai menikmati makan malam.

"Tiba-tiba saya rasa ada sesuatu tak kena. Rasa penat, berat mata.

"Sewaktu sampai di pintu rumah, saya ucap selamat malam. Dia cuba pegang pinggang namun saya minta lepaskan.

"Saya mula panik dan masuk rumah. Esoknya sedar-sedar separuh pakaian sudah tiada," dedah wanita itu.

Tambahnya lagi, dia kini tampil ke hadapan untuk membina kesedaran mengenai kes itu yang mana dia diberi pil secara tidak sedar dalam minuman sewaktu bertemu lelaki berkenaan. - Mirror.

Tinder, temu janji, pil, minuman

Artikel Lain