suria

Pensyarah kendong bayi pelajar sambil beri kuliah tiga jam

Profesor itu memberitahu bayi itu tidak menangis semasa dibawah jagaannya.

SEORANG pensyarah di sebuah kolej menjadi tular di media sosial gara-gara membawa mengendong seorang bayi sambil mengajar di dalam kelas.

Ramata Sissoko Cisse mengendong bayi tersebut semasa mengajar subjek Biologi kerana ibu kepada bayi itu yang juga pelajarnya tidak dapat mencari pengasuh kepada anaknya itu.

Gambar Dr Cisse, 51, seorang profesor di Kolej Georgia Gwinnett yang terletak di Lawrenceville, Georgia berjaya menarik perhatian ramai.

Anak perempuannya, Anna berkongsi gambar ibunya bersama bayi yang dikendong dibelakang di Twitter pada 19 September lalu.

"Pelajarnya tidak dapat mencari pengasuh hari ini dan dia wanita Afrika sebenar mengajar sambil mengendong bayi itu selama tiga jam.

Dr Ramata Sissoko Cisse.

"Saya bersyukur kerana dibesarkan seorang ibu yang mencintai dunia sebagaimana dia menyayangi anaknya," tulis Anna.

Bercakap kepada Yahoo Lifestyle, Dr Cisse berkata ibu kepada bayi itu yang juga pelajarnya sudah terlepas satu kelas dan tidak mahu ketinggalan kelas seterusnya.

Dr Cisse mendedahkan di negara asalnya di Mali, sudah menjadi kebiasaan mengendong bayi di belakang menggunakan kain.

"Naluri semula jadi saya adalah mencari jalan untuk menenangkan bayi itu dan saya berdiri di sebelah sebuah katil bayi yang bersih.

"Kita semua melakukan apa yang sepatutnya untuk kejayaan pelajar. Saya tidak mahu melihat dia berdepan kesusahan kerana sebagai seorang ibu, saya tahu betapa sukarnya tugas itu," katanya. - Metro.co.uk

kendong bayi, kuliah, profesor

Artikel Lain