suria

Tempah belon online untuk parti hari jadi anak, ibu terkejut dapat baju dalam jarang

Lauren terkejut menerima baju dalam selepas membuat tempahan belon untuk parti hari jadi anak perempuannya. Foto Lauren Wood/ MEN

SEORANG ibu dua anak dikejutkan dengan penghantaran barang yang ditempah secara dalam talian, untuk majlis hari jadi anak perempuannya.

Lauren Wood mendakwa menempah belon berbentuk zirafah untuk parti bertemakan haiwan, menerusi laman membeli-belah dalam talian.

Bagaimanapun, wanita berusia 32 tahun itu terkejut sebaik membuka bungkusan yang diterimanya berupa pakaian dalam yang jarang warna merah jambu dan biru.

ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan ‘free gift’ ada seluar dalam ‘opah’, kaki shopping online tak jadi nak teruja – “Ada ke orang nak beli?”

Pada mulanya dia menyangka pasangannya membeli baju dalam itu untuk dirinya, tetapi sangkaan tersebut meleset.

"Anak perempuan saya berusia sembilan tahun dan anak saudara lelaki berada bersama saya ketika itu dan mereka hanya malu.

"Bertambah buruk apabila baju dalam tu bukan saiz saya, tak muat nak pakai," kata Lauren. - Daily Star


hari jadi, baju dalam

Artikel Lain