SATU pasangan pengantin yang berkahwin di tepi pantai dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita berbikini. Selama berbulan-bulan mereka merancang untuk mengadakan perkahwinan yang diidamkan itu sambil disaksikan oleh keluarga dan rakan-rakan. Malangnya buat pasangan tersebut, bukan tetamu sahaja yang menyaksikan hari bersejarah mereka, bahkan seorang individu yang tidak dikenali. Rakaman foto pertama mereka sebagai suami isteri dikesan tunafoto (photobomb) seorang wanita berbikini yang sedang bercekak pinggang. Kemunculan wanita dengan pakaian mandi biru itu mencuri tumpuan hadirin pada majlis perkahwinan. - Mirror UK