MENURUT seorang lelaki, dia enggan lagi mencari cinta dalam kalangan manusia. Dia sebaliknya bercinta dengan patung silikon wanita yang disifatkan sebagai isterinya. Kata John dari Chicago, patung itu sama sekali tidak akan berlaku curang. Dia turut menamakan patung itu sebagai Jackie. John yang enggan mendedahkan usianya mengakui berkahwin dengan robot itu pada tahun 2009. Mengimbas pertemuan keluarganya dengan patung itu sebelum ini, John mengakui wujud situasi yang agak janggal. "Kakak ipar saya tak banyak bercakap dengan Jackie," kata lelaki itu. - Daily Star.