ANTARA tradisi penting dalam sesebuah majlis perkahwinan tentunya acara memotong kek. Malah, setiap pengantin juga pastinya teliti dalam pemilihan tema, perisa dan rekaan kek untuk hari bersejarah mereka. Lain pula ceritanya dengan pasangan ini apabila mereka kecewa dengan hasil kek yang ditempah. Kek bertemakan burung merak itu ditempah pada harga AS$300 (RM1,256). Namun, mereka ternyata sedih dengan hasil yang diterima, jauh berbeza berbanding foto rekaan asal. Lebih malang, kek itu diterima pada saat akhir, malam sebelum hari perkahwinan. Hanya dikenali sebagai Rena, dia kemudiannya berkongsi hal itu di media sosial. "Saya rasa sedih, lepas tengok kek terus saya keluar dari ruangan itu. "Langsung tak sama seperti yang diminta. Pembuat kek itu ganti rugi sebab perkara ini dah tular," ujar wanita dari Georgia, Amerika Syarikat itu. - Daily Star.