KEJAM, begitulah yang dapat menggambarkan tindakan wanita ini terhadap teman lelakinya. Gina Virgilio, 32, dipenjara 60 tahun kerana membakar teman lelakinya, Michael Gonzalez sehingga meninggal dunia. Sewaktu kejadian, mangsa sedang tidur di atas sofa di sebuah kediaman di Alaska, Amerika Syarikat. Ujar wanita itu, dia terdorong untuk melakukan jenayah itu disebabkan penyakit mental yang dihidapi. "Saya benci apa yang saya lakukan. Tapi saya tak boleh bawa dia hidup semula," katanya. Tambahnya, tiada motif di sebalik pembunuhan itu sebaliknya ia berpunca daripada pemikirannya sendiri. - Daily Star.