SEORANG wanita melalui pengalaman buruk melibatkan rambutnya sehingga pengsan. Ilayda muncul sebagai model dalam satu program makeover Turki bagi menunjukkan transformasi dilakukan. Dia bagaimanapun tidak bersedia dengan apa yang dilakukan oleh pendandan rambut, Bilal Agin mengenai penampilan baharunya. Rakaman menunjukkan pendandan rambut berkenaan memotong rambut Ilayda yang begitu panjang. Selepas memotong hampir 12 inci, dia mendapat tepukan gemuruh daripada juri dan peserta lain. Ilayda kemudian mengusap rambutnya sebelum mengibaskannya. Dia bagaimanapun secara tiba-tiba menangis apabila jurugaya tersenyum sambil memegang selonggok rambut sepanjang 12 inci. Terus mengalirkan air mata, dia kemudian cuba beredar dari set penggambaran. Bagaimanapun, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga Ilayda pengsan semasa berjalan keluar. Namun, dia bernasib baik apabila pengacara program bertindak pantas menyelamatkannya daripada jatuh ke lantai, sebelum dibawa bertemu pegawai perubatan. - Daily Star