SEORANG wanita dijatuhi hukuman penjara 20 tahun selepas didakwa atas kesalahan merogol kanak-kanak lekaki yang dijaga berusia 11 tahun. Marissa Mowry,28, didakwa merogol kanak-kanak itu lebih 15 kali dalam tempoh beberapa bulan. Selepas itu Mowry dari Florida melahirkan seorang bayi lelaki hasil daripada hubungan dengan kanak-kanak yang tidak didedahkan namanya itu. Kanak-kanak lelaki itu kini berusia 17 tahun dan menjaga bayi tersebut dengan bantuan keluarganya. Ibu kepada remaja itu, Nadean Campbell memberitahu Mowry diupah menjaga anaknya selepas dicadangkan oleh salah seorang keluarganya. Namun sebaliknya berlaku apabila mula mendera kanak-kanak itu pada 2014 sehingga wanita itu mengandung pada Oktober tahun yang sama. Penderaan seksual itu berterusan sehingga tiga tahun. Selepas laporan dibuat, Mowry cuba menyalahkan kanak-kanak itu dengan mendakwa dia dipaksa. Bagaimana pun, penipuannya itu terbongkar apabila terdapat rakaman perbualannya dengan mangsa. –metro.co.uk