PASUKAN paramedik dan polis terkejut melihat seorang gadis berlumuran darah di mukanya selepas terlibat dengan kemalangan. Sidney Wolfe mengalami kemalangan apabila seekor rusa secara tiba-tiba meluru ke arah depan keretanya. Berikutan insiden itu, sepasukan paramedik tiba di lokasi dan terus memberi rawatan kecemasan. Bagaimana pun, gadis itu sebenarnya hanya mengalami sedikit lebam di bahagian kaki. Dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas terlibat dalam satu promosi rumah hantu dengan memakai pakaian karektor ikonik Carrie, yang dipenuhi darah palsu diwajahnya. Wolfe meminta maaf selepas kejadian itu kerana menimbulkan panik kepada banyak pihak. "Semua orang ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi. Saya terlibat dengan promosi Carrier the Musical di sebuah rumah hantu. "Sebaik sahaja habis persembahan, saya terlalu penat untuk mencuci mekap dan terus pulang ke rumah," tulis Wolfe di Twitter miliknya. - mirror.co.uk