suria

Obesiti meningkat, pusat beli-belah digesa perbesar ruang parkir untuk pelanggan berisi

Gesaan itu dibuat seorang individu mewakili Forum Obesiti Kebangsaan Britain. FOTO: Getty Images/PhotoAlto.

STATISTIK obesiti di Britain meningkat 92 peratus sejak tahun 1990-an.

Ia sekaligus menjadikan ruang parkir sedikit sempit buat mereka yang berisi.

Kata Tam Fry mewakili Forum Obesiti Kebangsaan, individu dengan berat badan berlebihan merupakan sesuatu yang normal di United Kingdom (UK).

"Pemandu, penumpang dan kenderaan mereka semakin besar namun ruang parkir masih lagi sama seperti dahulu.

"Sudah tentu individu obesiti tidak mahu pintu kereta mereka terkena kenderaan yang diparkir di sebelah sewaktu ingin keluar.

"Ruang sempit menjadikan ia sukar untuk dielakkan," ujar Tam Fry lagi.

Susulan itu, dia menggesa agar pusat beli-belah memperbesarkan ruang parkir untuk pelanggan mereka. - Daily Star.

ruang parkir, obesiti, pasaraya

Artikel Sebelum

Artikel Lain