SEBUAH kolam renang di Scotland ditutup pada Selasa selepas salah seorang daripada perenang cirit-birit semasa kelas renang. Seorang pengurus di Galleon Centre, Kilmarnock mengesahkan kejadian itu, menyebabkan kolam renang ditutup selama 15 jam untuk pembersihan. Sejak insiden tersebut, proses pembersihan di kolam renang itu dilakukan secara mendalam. Pengurus berharap kolam renang berkenaan dapat beroperasi semula dengan segera. Pemangku pengurus besar Galleon, David Hasson berkata: "Dukacita dimakklumkan bahawa kami terpaksa menutup kolam renang berikutan salah seorang perenang mengalami cirit-birit semasa kelas renang. "Cirit-birit mungkin mengandungi bakteria dan virus dan mungkin juga mengandungi cryptosporidium. "Kami mengikut garis panduan kesihatan dan keselamatan, bagi memastikan keselamatan buat semua perenang," katanya. - Daily Star