MAYAT seorang bayi perempuan masih belum dapat dikebumikan meskipun dia sudah meninggal dunia dua tahun lalu. Eve Leatherland maut akibat dipukul dan diracun sehingga mati ketika berusia 22 bulan oleh teman lelaki ibunya. Mayatnya kini masih disimpan di rumah mayat sejak Oktober 2017. Hasil bedah siasat mendapati, bayi malang itu mengalami keretakan tempurung kepala, tulang rusuk dan diberi racun untuk menyembunyikan kecederaannya. Ibu mangsa, Abigail Leatherland, 26, dan Tom Curd (bapa tiri), 31, menghubungi ambulans kerana Eve tidak memberikan sebarang tindak balas di kediaman mereka. Mangsa ditemui parademik di sebuah katil bayi dengan kesan muntah sebelum dibawa ke Hospital Derriford, Plymouth. Keadaan katil Eve semasa paramedik datang ke kediaman ibu kandungnya. Eve bagaimanapun disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di hospital itu. Ibu kandung Eve dan teman lelakinya dihukum penjara pada Mac lalu selepas sebuah mahkamah di Truro, England diberitahu mereka bermain Facebook dan permainan video semasa kanak-kanak itu sedang nazak. Leatherland dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setengah kerana membiarkan Eve meninggal manakala Cutd pula diperintah menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 20 tahun kerana membunuh. Memandangkan berlaku perbalahan panjang antara bapa kandung Eve dan sistem mahkamah, mayat Eve masih belum boleh dikebumikan sehingga hari ini. - Metro.co.uk