suria

Wanita dakwa ritual ‘jemur’ bahagian sulit di bawah cahaya matahari mampu tingkatkan tenaga

Wanita bernama Meagan memuat naik gambar dirinya melakukan ritual pelik sehingga ia menjadi viral di media sosial. Foto: Instagram Meagan/Mirror

PENGGUNA laman sosial terkejut dengan tindakan seorang wanita yang melakukan ritual di bawah sinaran matahari dalam keadaan berbogel dan memuat naik gambar tersebut di media sosial.

Wanita yang bernama Meagan itu mendakwa ritual ‘perineum sunning’ atau mendedahkan bahagian alat sulit di bawah sinaran matahari mampu membantu meningkatkan tahap tenaga dan membantunya tidur dengan lebih baik.

Gambar tersebut yang memaparkan dirinya berbaring di bawah sinaran matahari sambil mengangkakat kaki ke udara, menjadi viral di Instagram.

Wanita yang berasal dari California itu berkata, dia melakukan ritual mendedahkan bahagian perineum kepada sinaran matahari selama lima minit setiap hari.

Posting tersebut kemudian dimuat naik oleh seorang pelayar di Twitter dan kemudian meraih 90,000 likes dan 2,000 komen.

Meagan juga mendakwa bahawa 30 saat ritual tersebut adalah ‘bersamaan dengan berjemur di bawah cahaya matahari sehari suntuk dengan berpakaian’.

Katanya, untuk mendapatkan hasil terbaik, ia harus dilakukan di antara jam 7-9 pagi.

Walau bagaimanapun seorang doktor berkata: “Tidak ada bukti bahawa berjemur dengan cara ini mempunyai kesan ke atas kesejahteraan fizikal”.

“Ya, mengamalkan pemikiran dan meditasi, dan mendapat dos Vitamin D, bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal, tetapi anda tidak perlu merosakkan kulit anda daripada proses pendedahan cahaya matahari.” - Mirror

Artikel Lain