suria

Lelaki terkuat, gemar makan 28 telur mentah sehari meninggal dunia

Plant meninggal dunia secara tiba-tiba.

LELAKI terkuat di dunia yang dikenali sebagai Simon 'Power' Plant dari Britain meninggal dunia pada usia 47 tahun.

Plant sedang berlatih menarik sebuah jentera bomba seberat 19 tan yang disambungkan dengan sebuah ambulans untuk cabaran baharu yang akan disertainya.

Dia mula dikenali ramai selepas makan 28 telur mentah dan enam paket kentang setiap hari.

Plant bergelut dengan masalah kesihatan selepas berat badannya naik kepada 165 kilogram, lapor The Sun.

Namun berat badannya turun mendadak selepas dia berlatih untuk cabaran terbarunya bagi mengutip dana untuk sebuah pertubuhan kanak-kanak.

Plant yang berjaya mempertahankan 14 rekod dunia dilaporkan meninggal dunia secara tiba-tiba. - Mirror.co.uk

Artikel Lain