SATU maskot berbentuk kemaluan lelaki menjadi tarikan dalam satu kempen pencegahan HIV. Sewaktu kempen berlangsung di sebuah jalan di Tehuacan, Puebla, Mexico, kehadiran maskot berkenaan bagaimanapun tidak disenangi semua pihak. Dianggap mencemarkan permandangan, maskot itu diusir dari lokasi berkenaan tidak lama kemudian. Menurut laporan, orang awam di lokasi itu memohon maskot tersebut diusir kerana menganggap ia tidak sopan dan sensitif. Ia bagaimanapun menerima reaksi berbeza di internet apabila ramai yang memberi respon positif. Maskot itu dimiliki oleh sebuah kedai barangan seks, Exxotica yang sebelum ini turut digunakan dalam kempen pencegahan HIV dan STD. Dalam satu foto tersebar, seorang kanak-kanak kelihatan sedang bersalaman dengan maskot berbentuk zakar itu. - Daily Star.