suria

Wanita Nigeria lahir anak kembar berkulit cerah - “Ramai tanya mana satu anak saya”

Stacy bersama anak kembarnya, Daniel dan David (kanan).

IBU kepada sepasang anak kembar lelaki meluahkan rasa kecewa apabila ramai bertanyakan sama ada bayi itu adalah anaknya kerana warna kulit mereka.

Daniel dan David Omirin dilahirkan selang beberapa minit tetapi mereka tidak kelihatan mirip satu sama lain.

Meskipun ibu dan bapanya, Stacy, 30, dan Babajide, 38, berkulit hitam, salah seorang anak kembar mereka, David dilahirkan dengan kulit cerah dan berambut perang.

Manakala abangnya, Daniel pula berkulit hitam dan berambut kerinting sama seperti kedua ibu bapanya.

David (kiri) dan Daniel menjadi tumpuan ramai setiap kali mereka keluar rumah.

Perbezaan ketara itu adalah disebabkan David menghidap albino.

Bayi kembar itu kini menjadi perhatian setiap kali mereka keluar rumah.

"Saya perlu menjawab soalan itu setiap kali kami keluar rumah. Orang kata maafkan saya puan, mana satu anak kamu?

"Saya kata kedua-duanya anak saya dan orang pandang saya seolah-olah saya sedang bergurau," katanya.

Pasangan kembar itu dilahirkan pada 26 Februari lalu di Lagos, Nigeria. - Metro.co.uk

bayi kembar, warna kulit, Nigeria, albino

Artikel Lain