suria

Beri vodka sebelum rogol gadis di bangunan terbiar

Rudy Norris mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun. Foto: Missouri Department Of Corrections

SEORANG lelaki dihukum penjara selepas dia didapati bersalah merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah bangunan terbengkalai.

Rudy Norris, 44, mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun pada Isnin.

Dia dilaporkan melakukan perbuatan tersebut di Joplin, Missouri pada 2016.

Mangsa ditemuramah di Pusat Kanak-Kanak di Joplin pada 27 Ogos 2016 dan memberitahu penyiasat bahawa Norris menyerangnya secara seksual di 'sebuah struktur yang terbengkalai' di County Road 100 di luar bandar.

Mangsa berkata Norris memberikannya vodka sebelum bertindak menyentuhnya secara tidak senonoh dan merogolnya sambil menekan tangan di atas kerongkongnya.

Mangsa juga memberitahu bahawa Norris mencekiknya dengan kuat sehingga dia hampir muntah.

Norris telah ditangkap lebih daripada 20 kali sejak 1999, menurut rekod. - Metro.co.uk

vodka, rogol, bangunan terbiar, Missouri

Artikel Lain