suria

Donald Duck diraba, dicium pengunjung... wanita 60-an disiasat polis

Maskot Donald Duck didakwa diraba di Disney World di Orlando, Florida.

MASKOT Donald Duck didakwa dicium dan diraba oleh seorang wanita berusia 60an di Disney World di Orlando, Florida di Amerika Syarikat.

Polis dipanggil ke lokasi kejadian membabitkan Donald Duck yang merupakan salah satu yang membuat laporan berhubung insiden diraba pengunjung pada Disember.

Disney menggesa semua pembawa maskot itu membuat laporan terhadap sebarang insiden meraba atau menyentuh di taman mereka.

Kejadian itu susulan satu maskot Disney Princess diraba pada bahagian buah dada di resort berkenaan.

Seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan pada November lalu berikutan kejadian itu.

Pelakon wanita yang memainkan peranan Donald Duck itu melaporkan insiden tersebut yang berlaku di restoran Animal Kingdom pada 3 Disember lalu.

Polis dipanggil untuk menyiasat pengunjung yang bertindak kurang sopan terhadap watak kartun di resort itu.

Kakitangan berusia 18 tahun itu bagaimanapun tidak membuat pendakwaan terhadap wanita itu yang kemungkinan mengalami penyakit demensia. - Daily Star

Artikel Lain