STEPHANIE Muller dibesarkan dalam sebuah keluarga Kristian dan dia memutuskan untuk melakukan hubungan seks hanya selepas berkahwin. Ketika berusia 23 tahun dia bertemu suaminya Andrew, 31, pada tahun 2013 di gereja tempatan di New York. Dua tahun kemudian, mereka mula bercinta dan berkahwin dua tahun selepas itu. Mereka sepakat untuk menunggu sehingga bulan madu untuk mengadakan hubungan seks kali pertama. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas lelong dara, model sanggup jadi 'kekasih sewa' pembida tertinggi demi elaun lebih RM150,000 ARTIKEL BERKAITAN: Selaput dara... Antara mitos dan fakta, penting untuk ambil tahu kalau tak mahu jatuh fitnah! Tetapi apabila tiba waktu yang ditunggu-tunggu, timbul masalah kesukaran penetrasi dan Stephanie akhirnya mengalami jangkitan yis (kulat) yang teruk. Dia diberikan ubat tetapi tidak berkesan dan jangkitan itu berlarutan selama tiga bulan. Apabila dia menjalani pemeriksaan pelvic, dia berasa sangat sakit, menggigil, menjerit dan menangis. Selepas pulih dari jangkitan dia cuba melakukan hubungan seks, tetapi sekali lagi tidak berjaya. Pasangan ini pertama kali mengadakan hubungan seks selepas berkahwin. -foto MDWfeatures/Stephanie Muller Pada Januari 2018, dia berjumpa seorang pakar sakit puan, yang memberitahu dia mempunyai masalah vaginismus yang mana bahagian vagina mengetat. Stephanie berkata diagnosisnya mengambil masa yang lama kerana dia tidak menyedari ia adalah satu masalah sehingga selepas dia berkahwin. "Memilih seks selepas perkahwinan adalah pilihan peribadi saya. Saya melakukannya kerana tidak mahu melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang bukan suami saya," kata Stephanie. "Saya secara peribadi percaya bahawa seks adalah perkara yang sangat intim dan istimewa dan saya tidak mahu melakukannya dengan orang yang saya tak akan berkahwin dengannya. "Saya sering terfikir ia dianggap beban atau 'tradisi malu', tetapi saya benar-benar tahu ia adalah perkara terbaik untuk saya," katanya. Stephanie bertuah kerana mendapat suami yang memahami masalahnya. -foto MDWfeatures/Stephanie Muller Selepas didiagnosis, dia dirujuk ke Pusat Terapi Wanita dan Vaginismus tetapi diberitahu bahawa ia tidak dilindungi insurans, jadi dia diberikan Vicodin, ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan teruk untuk melakukan hubungan seks dengan suaminya. Selama bertahun-tahun dia berasa malu kerana tidak dapat melakukan hubungan seks sekali gus membuatkan dirinya menganggap suaminya hanya seorang kawan biasa. "Kami berbincang tentang bagaimana vaginismus benar-benar memberi kesan kepada hubungan kami, ia seperti hidup dengan teman sebilik," katanya. Pada 2018, Stephanie merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk menangani masalah ini dan mula lihat perkara lain yang boleh dilakukannya. "Sepanjang bulan September 2018 kami berbual secara sangat jujur mengenai fizikal hubungan dan bagaimana ia mempengaruhi kami," katanya. Stephanie akhirnya dirawat di Pusat Terapi Wanita di Plainview, New York. "Suami saya pergi ke temujanji pada Januari 2019, memulakan rawatan pada akhir Mac 2019 dan telah sembuh serta selesai rawatan pada Mei 2019," katanya. -Metro UK