SEORANG budak lelaki berusia 10 tahun dari India digelar ‘manusia ular’ kerana menderita sejenis penyakit kulit. Dikenali sebagai Jagannath, dia menderit penyakit kulit genetik lamellar ichthyosis. Keadaan itu menyebabkan kulitnya cepat kering dan akan bertukar setiap bulan seperti reptilia. Keadaan itu turut menyebabkan kulitnya menjadi gelap sebelum ia tercabut dan menghasilkan kulit baharu. Kulit kanak-kanak itu biasanya akan bertukar dalam empat ke enam minggu sekali. Penyakit berkenaan turut menyebabkan dia tidak mampu berjalan dan perlu menggunakan tongkat. Bapanya, Prabhakar Pradhan yang bekerja sebagai buruh dilaporkan tidak mampu membiayai rawatan kanak-kanak berkenaan. "Anak saya menderita sejak kecil. Tiada penawar untuk penyakit ini. "Saya juga kekurangan wang untuk bawa dia menerima rawatan. "Hancur hati saya lihat dia menderita setiap hari," ujar bapanya lagi. - Daily Star.