suria

Anjing setia temani kanak-kanak kecil yang tersesat 24 jam di kawasan pedalaman

Matilda, 3, ditemui dalam keadaan selamat bersama anjingnya. Foto: 9News

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di kawasan pedalaman, ditemui selamat bersama anjing peliharaan keluarganya.

Matilda Moule dan anjingnya hilang selama 24 jam selepas dia berjalan kaki dari rumahnya di Australia.

Matilda kemudian tersesat di estet berkeluasan sejuta hektar di rantau Pilbara, satu daerah di Australia Barat.

Polis melancarkan misi pencarian besar-besaran untuk mengesan kanak-kanak kecil itu selepas dia dilaporkan tersesat di kawasan terpencil.

Matilda kali terakhir dilihat pada pukul 2.30 petang pada Rabu dengan pakaian berwarna merah jambu bersama anjingnya itu.

Dia ditemui pada keesokan harinya (Khamis) oleh helikopter polis, yang berjarak kira-kira dua batu dari rumahnya.

Ketika Matilda ditemui, anjing tersebut turut berada di sisi yang bertindak sebagai penemannya selama tempoh 24 jam berkenaan.- Dailystar

anjing, setia, sesat, pedalaman

Artikel Lain