SEORANG gadis berperwatakan lelaki cedera diserang dua lelaki, baru-baru ini. Menurut Charlie Graham, jenayah kebencian disebabkan orientasi seksualnya itu bukanlah pertama kali berlaku. Malah dia mendedahkan pernah diserang empat kali sebellum ini. Berusia 20 tahun, dia sedang berjalan untuk menemui rakan sebelum diserang di sebuah jalan di Sunderland, England, pada Sabtu. "Ia menyakitkan dan saya masih menahan sakit. Saya juga terpaksa mengambil ubat tahan sakit. "Saya kini tak keluar bersendirian. Saya hanya selesa apabila ditemani ibu. "Malang nasib saya. Saya tidak agresif dan saya tak cari gaduh," ujarnya lagi. Charlie turut berkongsi kisah itu disertakan dengan beberapa gambar di laman Facebook. - The Sun.