suria

Sekurang-kurangnya dua maut, 15 cedera dalam insiden tembakan rambang di luar bar

Seorang penembak dipercayai melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung yang sedang beratur untuk memasuki bar. Foto: Andres Gutierrez/kshb

SEKURANG-KURANGNYA dua orang maut selepas seorang penembak melepaskan tembakan ketika pengunjung sedang berbaris di luar sebuah bar di Kansas City, Missouri.

Dilaporkan juga, sekurang-kurangnya 15 individu cedera berikutan kejadian yang berlaku tengah malam Ahad, di luar 9ine Ultra Lounge.

Jurucakap polis berkata, berikutan kejadian 'huru hara' itu, polis terpaksa meminta bantuan pasukannya dari kawasan sekitar.

Apabila tiba di tempat kejadian, polis menemui dua orang yang sudah bergelimpangan, termasuk seorang wanita di tempat letak kereta bar.

Polis percaya penembak berkenaan merupakan salah seorang daripada dua yang terkorban, yang ditembak oleh pengawal keselamatan bersenjata.

Jurucakap itu berkata, penembak melepaskan tembakan ke arah barisan orang yang menunggu untuk memasuki bar, tetapi motif serangan itu tidak jelas. - Metro.co.uk

bar, tembak, maut, rambang

Artikel Lain