PENYELIDIK dalam bidang perubatan memberi cadangan untuk mengambil sperma lelaki yang sudah meninggal dunia menggunakan kejutan eletrik pada prostat mereka. Ujar kumpulan doktor itu, ia bertujuan mengekang kekurangan sperma dalam simpanan hospital bagi membantu pasangan yang tidak memiliki zuriat. Kenyataan oleh Dr Nathan dari Universiti Leicester dan Joshua Parker dari Hospital Wythenshawe itu diterbitkan menerusi jurnal Etika Perubatan. "Ia diterima secara moral untuk seseorang individu memnderma tisu mereka untuk membantu orang lain yang ada penyakit. "Jadi ia sama sahaja dengan kes kesuburan, yang mana ia mungkin dianggap atau tidak dianggap sebagai satu penyakit," ujar mereka. Dalam kertas itu, mereka mendakwa pasangan biasanya mahu penderma yang sudah meninggal kerana enggan anak yang bakal dilahirkan bertemu semula dengan bapa asal. "Biarpun alternatif ini seperti membuka jalan baharu, masih banyak soalan yang perlu dijawab," tambah dua pakar itu. - Daily Star.