suria

Ibu ditangkap atas dakwaan bunuh bayi sendiri dalam mesin basuh

Nadezha (kiri) bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun jika sabit kesalahan. Foto: VK.com

SEORANG pendandan rambut disiasat atas dakwaan membunuh anak kandung sendiri yang baru lahir di dalam mesin basuh.

Siasatan dijalankan ke atas Nadezha, selepas suaminya bertindak menelefon polis kerana terkejut apabila mendapati mesin basuh di rumah mereka dipenuhi dengan darah.

Dikatakan, bayi tersebut tidak diingini oleh Nadezha.

Dia mendakwa bayi itu mati sewaktu dilahirkan pada malam sebelumnya.

Bayi itu dilaporkan dilahirkan sebagai bayi pramatang.

Wanita itu menghadapi tuduhan di bawah Artikel 106 Kanun Jenayah Rusia, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu rakan-rakan Nadezha menggambarkannya sebagai seorang 'ibu yang baik' malah dikenali di bandarnya sebagai pendandan rambut yang berjaya.

Nadezha mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, dan dua orang anak perempuan bersama suami yang dikahwininya sekarang. - Dailystar

bayi, bunuh, mesin basuh, pendandan rambut

Artikel Berikut

Artikel Lain