suria

Menyayat hati! Bapa seorang anak terpaksa tinggal isteri disebabkan koronavirus

Jeff terpaksa meninggalkan isterinya di China susulan penularan wabak koronavirus. Foto Facebook/BBC4Today

SEORANG lelaki mendedahkan dia terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan isterinya di China, apabila keluarganya terpaksa berpisah susulan penularan wabak koronavirus.

Rakyat Britain akan dipindah keluar dari Wuhan, China pada Khamis dan dikuarantinkan selama dua minggu di pangkalan tentera United Kingdom (UK).

Setakat ini, angka kematian mencatatkan lebih 132 kes dan virus yang boleh membawa maut itu terus menular.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba tak pakai topeng muka, penumpang sebuah bas berdepan risiko selepas salah seorang daripadanya positif koronavirus

ARTIKEL BERKAITAN: Menakjubkan! Dalam tempoh 48 jam, bangunan kosong ‘bertukar rupa’ menjadi hospital dilengkapi 1,000 katil

Bagaimanapun, Jeff Siddle, dari Northumberland, UK akan menaiki penerbangan tanpa isterinya, Sindy selepas pasangannya itu tidak ditawarkan tempat duduk kerana dia merupakan warga China.

Pejabat Kedutaan dan Luar Negara Britain mendakwa kerajaan China mengeluarkan sekatan ke atas rakyat mereka sendiri.

Ia membuatkan mereka 'terperangkap' di negara sendiri dengan kira-kira 6,000 kes koronavirus disahkan.

Menurut Jeff, anak perempuannya, Jasmine berusia sembilan tahun menangis apabila terpaksa meninggalkan ibunya di China.

Bercakap kepada BBC Radio Newcastle, Jeff berkata: "Isteri saya merupakan pemegang pasport China dengan taraf penduduk di UK.

"Kami diberitahu akan ada pesawat tetapi hanya rakyat Britain dibenarkan menaikinya, ini bermakna isteri saya tidak dapat ikut bersama.

Bapa seorang anak itu memberitahu, isterinya sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarganya.

"Dia sedih kerana tidak dapat bersama dengan anak perempuannya. Ia benar-benar menyayat hati," katanya. - Metro

Artikel Lain