suria

Malam paling sedih, gadis jadi saksi ibu sendiri maut akibat tercekik makanan

Rhiannon (kiri) menjadi saksi kematian ibunya, Karen Hopkins. FOTO: Wales News Service.

SIAPA sangka? Namun itulah makan malam terakhir gadis ini bersama ibunya.

Menerusi kejadian di sebuah pub di Ebbw, Vale, Wales itu, Karen Hopkins, 47, rebah selepas tercekik hidangan makan malam, Ogos tahun lalu.

Lebih pilu, kejadian itu turut disaksikan anak perempuannya, Rhiannon yang berusia 27 tahun.

Ujar Rhiannon, dia cuba membantu ibunya namun gagal.

"Saya tanya jika dia OK, dia angguk kepala. Dia tak boleh bercakap sebab tercekik. Saya tepuk belakang dia.

"Seseorang datang dan cuba membantu. Ada sedikit cecair dalam mulut keluar sebelum rebah atas lantai dan tidak sedarkan diri," ujarnya.

Ambulans tiba 25 minit kemudian dan wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bedah siasat turut mengesahkan bahawa wanita itu meninggal dunia akibat tercekik makanan.

Malah, sisa makanan turut ditemui dalam tekaknya. - The Sun.

Karen Hopkins, tercekik makanan, pub

Artikel Lain