suria

Pasar Ekstrim Tomohon di Sulawesi berisiko jadi tempat koronavirus membiak

Tomohon Extreme Market digelar salah satu 'pasar paling menakutkan di dunia' di mana haiwan dipukul dan dibakar di hadapan pelanggan. Foto: Light Rocket

PAKAR mendakwa Tomohon Extreme Market yang terletak di Sulawesi Utara, Indonesia mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebarkan virus berbahaya kepada manusia.

Pasar tersebut digelar sebagai salah satu 'pasar yang paling menakutkan' di dunia, di mana haiwan-haiwan eksotik dipukul dan dibunuh di hadapan pelanggan.

Pelbagai haiwan eksotik dijual di pasar tersebut seperti kelawar, ular, anjing dan monyet, malah kucing dan tikus turut tersenarai.

Terdapat beberapa laporan media bahawa pasar tersebut berhenti menjual kelawar sejak wabak koronavirus menular, tetapi organisasi hak asasi haiwan mendakwa ia masih dijual.

Sungguhpun seluruh dunia sedang panik susulan wabak koronavirus sedang menular berpunca daripada sebuah pasar di Wuhan, China namun para peniaga di Tomohon Extreme Market masih meneruskan penjualan seperti biasa.

Bilangan pelawat di pasar tersebut dilaporkan bakal berkurangan secara dramatik sejak Indonesia melarang pelawat China dari memasuki negara tersebut buat sementara waktu. - Dailystar

Tomohon, Sulawesi, wabak, virus

Artikel Lain