BARU berusia 35 tahun, namun Putera Harry sudah berhadapan masalah keguguran rambut. Masalah itu bukanlah satu perkara yang asing kerana abangnya, Putera William turut mengalami masalah sama. Menurut seorang pakar, keadaan rambut Harry bertambah buruk selepas dia mengahwini Meghan Markle. Terbaharu, dia dilihat berkunjung ke sebuah klinik rambut di Mayfair, London. Klinik tersebut dilaporkan sering menjadi pilihan golongan selebriti serta orang kaya yang mengalami masalah rambut. Malah, kos rawatan juga dilaporkan agak tinggi namun ia pastinya tidak memberi sebarang masalah buat Harry. - The Sun.