suria

Royal Caribbean haramkan warganegara China naik kapal selepas angka kematian akibat koronavirus melebihi 900 orang

Royal Caribbean mengharamkan semua penumpang warganegara China daripada menaiki kapalnya susulan peningkatan angka korban akibat koronavirus. - Foto: Anadolu

ROYAL Caribbean telah mengharamkan semua warganegara China daripada menaiki kapal persiarannya, di tengah-tengah kebimbangan dunia mengenai penularan wabak koronavirus.

Syarikat kapal pelayaran Amerika itu berkata, mana-mana penumpang yang memegang pasport dari China, Hong Kong atau Macau akan dihalang daripada menaiki kapalnya - tidak kira bila kali terakhir mereka berada di negara tersebut, atau sama ada mereka adalah kru atau penumpang.

Pengumuman tersebut susulan angka kematian akibat virus berkenaan kini melebihi 900 orang di China, manakala bilangan kes yang disahkan pula kini mencecah 40,171 kes.

Royal Caribbean berkata sesiapa yang telah mengembara ke, dari atau melalui tanah besar China, Hong Kong atau Macau - atau telah berhubung dengan seseorang kurang dari 15 hari sebelum berlayar - tidak dibenarkan menaiki kapal syarikat di bawah peraturan baru tersebut.

Syarikat itu berkata ia juga akan menyaring penumpang yang mempunyai gejala seperti selesema.

Sehingga Isnin, angka korban akibat koronavirus sudah melepasi 900 di tanah besar China.

Jumlah kematian tersebut adalah lebih tinggi berbanding 774 di seluruh dunia akibat epidemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2002 hingga 2003. - Metro.co.uk

Artikel Lain