suria

Mengaku bunuh, kerat kekasih... lelaki pam cebisan mayat dalam tandas

Erik Francisco ditemui dalam keadaan berlumuran darah. Foto CEN

SEORANG lelaki mengaku membunuh kekasihnya sebelum mengerat mayat mangsa dan mengepam sebahagian cebisannya dalam tandas.

Erik Francisco Robledo, 46, berkata, dia membunuh Ingrid Escamilla Vargas, 25, di sebuah unit apartment di Gustavo A. Madero di Mexico City.

Menurut media tempatan, insiden berlaku selepas satu pertelingkahan antara pasangan itu.

Laporan menyebut jiran-jiran menghubungi setiausaha keselamatan penduduk, apabila mereka melihat Robledo keluar dari bangunan yang didiaminya dalam keadaan berlumuran darah.

Rakaman menunjukkan Robledo di dalam sebuah kereta dengan balutan di kepala dan darah pada dadanya.

Robledo turut dilaporkan mengalami ketagihan minuman keras dan sering bergaduh dengan teman wanitanya.

Pihak polis menemui pisau yang digunakan suspek untuk mengerat mayat mangsa.

Terdapat kesan darah di lokasi kejadian di apartment tersebut.

Dilaporkan polis turut menemui satu beg plastik yang mengandungi cebisan mayat, beberapa blok dari lokasi kejadian.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kes berkenaan. - Mirror


bunuh, kerat, mayat, mangkuk tandas

Artikel Lain