KEBIMBANGAN mengenai penularan Covid-19 menyebabkan berlakunya pembelian panik dalam kalangan orang ramai. Di China misalnya, seorang wanita berusia 71 tahun ditikam ketika berebut untuk membeli cecair pembasmi kuman di sebuah pasaraya. Dalam kejadian itu, anaknya yang berusia 9 tahun turut cedera akibat ditikam. Suspek, seorang gadis berusia 17 tahun sudahpun ditahan dan kini disiasat oleh pihak berkuasa. Laporan awal menyatakan warga emas itu meninggal dunia, namun kesasihannya tidak dapat dipastikan. Rakaman tular yang menunjukkan wanita itu terbaring di atas lantai pasaraya turut tersebar luas. - Daily Star.