SEORANG lelaki menanggung menderita apabila kemaluannya mengalami ereksi kekal selepas menjalani rawatab tenaga batin. Bekas tukang kaca, James Scott, mengalami kecederaan serius pada tulang pinggul selepas ditimpa kaca seberat 1.5 tan, di tempat kerja empat tahun lalu. Lelaki berusia 57 tahun itu mengalami empat kecederaan di bahagian kelangkang, patah tulang pinggul, luka melecet di kedua-dua kaki dan uretra (salur kencing) tersumbat. Dia yang juga seorang bapa menjalani satu pembedahan bagi merawat masalah tenaga batinnya dua tahun lalu. Sebaliknya, keadaan itu memberi komplikasi dan menyebabkan masalah tenaga batin. Bagaimanapun, pembedahan tersebut mengakibatkan ereksinya tidak berhenti. Kesakitan berterusan di bahagian kemaluannya menyukarkan James untuk memakai seluar. Malah, dia tidak dapat meluangkan masa bersama anak perempuannya yang berusia sembilan tahun secara dekat disebabkan masalah tersebut. Dia mendakwa doktor enggan untuk datang ke rumahnya untuk menyelesaikan masalah kesakitan yang dialaminya. "Saya kini mengalami ereksi yang kekal dan saya berasa sakit teramat sangat. "Saya tak dapat nak sentuhnya. Ia adalah satu mimpi ngeri," katanya. - Daily Record