SEORANG perogol menyamar sebagai gay untuk berkawan dengan seorang lesbian sebelum melakukan serangan seksual ke atas mangsa. Taurence Callagain, 36, mendakwa seks tersebut atas dasar suka sama suka. Dia bagaimanapun disabitkan bersalah kerana merogol di Mahkamah Fulton County di Georgia, Amerika Syarikat. Menerusi pendengaran mahkamah, suspek memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai gay. Dalam satu kenyataan, Peguam County Fulton County, Paul L Howard Jr berkata, Callagain bertemu mangsanya di sebuah stesen kereta api di Atlanta pada Ogos 2015. Kedua-dua mereka bertemu ketika menaiki tren yang sama untuk ke tempat kerja. Pada 6 September 2015, mangsa tertinggal bas dan Callagain menumpangkannya pulang ke rumah. Namun, dalam perjalanan, dia memberitahu mahu singgah ke rumahnya untuk mengambil barang. Mangsa yang menemani suspek masuk ke dalam rumah kemudian dirogol di bilik tidur. - Daily Star