SEORANG lelaki tidak menyangka kesilapannya yang tidak sengajakan hampir meragut banyak nyawa. Semuanya gara-gara dia memutuskan untuk pergi ke bilik sauna selepas melakukan senaman di gim. Bagaimanapun, bilik sauna tersebut sudah dipenuhi dengan lima orang di dalamnya. Katanya, dia sukar untuk berpeluh selepas 10 ke 15 minit, dan berpendapat adalah lebih baik menyimbah air pada batu di atas sistem pemanasan di bilik sauna untuk meningkatkan suhu. Pada masa sama, dia juga perlu memastikan orang lain ok sekiranya suhu bilik tersebut lebih panas. Dia kemudian mengambil bekas kayu untuk diisi air dari kolam yang terletak di luar sauna untuk disimbah pada batu berkenaan. "Bilik itu semakin panas," katanya. "Tapi, mata saya mula rasa panas dan paru-paru saya berasa sakit. "Semua orang di dalam bilik itu mula sesak nafas dan batuk. Kami semua bergegas keluar dari bilik sauna (pintunya agak kecil). "Semua orang di kawasan kolam sangat terkejut mengapa kami semua keluar dari sauna. Kami mengalami batuk kering. "Saya cuba memikirkan apa yang sedang berlaku dan saya menyedari bahawa air kolam itu dipenuhi klorin. Apabila saya mencurahkannya ke atas batu-batu, stim yang dihasilkan itu pastinya merengsa mata dan paru-paru. "Setelah melakukan carian di Google sebaik pulang ke rumah, saya dapati apa yang saya lakukan itu pada dasarnya telah membuatkan semua orang di sauna menghidu gas klorin... yang digunakan sebagai senjata kimia semasa Perang Dunia Pertama (WW1)." - Mirror