KIRA-kira 70 terperangkap selepas sebuah hotel yang menjadi pusat kuarantin pesakit koronavirus (Covid-19) di China runtuh. Hotel Xinjia di Quanzhou, China runtuh sekitar pukul 7.30 petang Sabtu. Seramai 23 mangsa berjaya diselamatkan kira-kira pukul 9 malam Sabtu. Punca bangunan itu runtuh masih belum dapat dipastikan. Hotel 80 bilik itu dijadikan pusat kuarantin untuk kontak pesakit Covid-19, lapor Xinhua. Usaha mencari dan menyelamat mangsa terperangkap masih giat dijalankan ketika ini. - AFP