MASIH wujudkan ilmu hitam dalam tahun 2020, zaman serba moden ini? Itulah persoalan yang bermain di benak fikiran, namun lain pula yang terjadi di India. Seorang lelaki berusia 55 tahun disyaki mengamalkan ilmu hitam sehingga dibunuh oleh jiran tetangga. Menerusi kejadian di Maharashtra, daerah Nagpur, lelaki itu ditemui mati selepas dituduh menjadi punca saudaranya mengalami sakit misteri. Setakat ini, empat suspek lelaki berusia antara 25 hingga 34 sudah ditahan oleh pihak berkuasa. Mereka kini direman sehingga Sabtu dan akan dibicarakan tidak lama lagi. - India Today.