suria

Indonesia catat korban pertama akibat Covid-19

Setakat ini, 27 kes Covid-19 dilaporkan di Indonesia. Foto: Reuters

SEORANG wanita warga asing menjadi korban pertama di Indonesia akibat Covid-19.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berhubung Covid-19, Achmad Yurianto, mangsa yang berusia 53 tahun, meninggal dunia sekitar jam 2 pagi Rabu.

Mangsa, yang merupakan kes ke-25 positif Covid-19 di negara itu, turut mengidap pelbagai penyakit seperti diabetis dan penyakit paru-paru.

Bagaimanapun, Achmad menegaskan penyebab kematian pesakit itu bukanlah kerana virus berkenaan tetapi virus tersebut telah memburukkan lagi keadaan pesakit itu.

Butiran terperinci mengenai mangsa tidak didedahkan semasa pengumuman disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan dari Istana Presiden.

Setakat ini, 27 kes Covid-19 di laporkan di Indonesia. - BERNAMA

Indonesia, Covid-19

Artikel Lain