suria

Tikam adik 28 kali hingga mati sebelum guna darah tulis mesej kepada ibu di dinding rumah

Oliwia mengaku membunuh adik lelakinya berusia tiga tahun.

SEORANG gadis berusia 15 tahun didakwa atas pertuduhan membunuh selepas menikam adik lelakinya sebanyak 28 kali ketika sedang tidur.

Suspek kemudian dilaporkan menggunakan darah adiknya berusia tiga tahun itu untuk menulis mesej kepada ibunya di dinding bilik.

Namun polis enggan mendedahkan isi kandungan mesej tersebut.

Gadis itu yang hanya dikenali sebagai Oliwia ditinggalkan bersendirian di rumah dan diminta ibunya untuk menjaga adiknya Niko.

Insiden itu amat menyayat hati apabila darah dilihat memenuhi dinding rumah yang didiami mereka bersama ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci di Jerman.

Keluarga itu berasal dari Poland sebelum berpindah ke Detmold, Jerman pada 2013.

Sebaik tiba di rumah, wanita dikenali sebagai Agnieszka, 46, terkejut melihat anak lelakinya sudah meninggal dunia manakala Oliwia melarikan diri.

Sejak itu Agnieszka menerima rawatan psikiatri tetapi terpaksa bekerja kerana tidak mempunyai wang.

Dia masih tinggal di rumah, lokasi anak lelakinya dibunuh.

Oliwia ditemui 10 kilometer dari kediamannya selepas insiden itu.

Ketika ditahan suspek dilihat tenang.

Dia juga mengaku membunuh adik lelakinya itu dan berdepan hukuman penjara selama 10 tahun. - Mirror.co.uk

tikam, adik, darah, mesej, dinding

Artikel Lain