KERAJAAN Australia mengambil langkah drastik menutup sempadan negara itu selama enam bulan berkuatkuasa serta-merta demi membendung Covid-19. Keputusan itu sekaligus menyekat segala perjalanan masuk ke negara berkenaan. Yang dibenarkan masuk hanyalah rakyat Asutralia dan pemegang kewarganegaraan tetap bermula 9 malam Jumaat. Malah, kerajaan turut mengumumkan perintah berkurung atau lockdown sekurang-kurangnya selama enam bulan. "Perdana menteri kata ia akan berlanjutan selama enam bulan atau lebih jika itu boleh menyelamatkan. "Ia tempoh yang sukar," ujar bendahari negara itu menerusi siaran radio. Tindakan itu dilakukan selepas ratusan individu dijangkiti Covid-19, yang mana kesemuanya merupakan transmisi melibatkan luar negara yang dibawa masuk ke Australia. Untuk rekod setakat Jumaat, Australia mencatat 1,000 kes Covid-19. - melbournenews