suria

Ibu muda meninggal dunia akibat Covid-19 selepas 27 hari lahirkan anak pertama

Wanita itu menjadi mangsa paling muda meninggal akibat Covid-19 di Poland. Foto: Marek M Berezowski/REPORTER/Shutterstock.

VIRUS Covid-19 tidak mengenal sempadan, sesiapa sahaja boleh jadi mangsa.

Terbaharu di Poland, seorang wanita berusia 27 tahun meningal dunia akibat virus itu.

Lebih pilu, dia baru sahaja melahirkan anak pertama 27 hari lalu.

Dia juga menjadi mangsa paling muda meninggal dunia akibat Covid-19 di negara itu.

Dia meninggal dunia di sebuah hospital di Lancut, selatan negara itu.

Menurut laporan, mangsa berjangkit daripada ibunya yang baru pulang dari Itali.

Sehingga kini, Poland mencatatkan 378 kes Covid-19. - Daily Star.

bersalin, Covid-19, Poland

Artikel Lain