SEORANG wanita berusia 28 tahun didakwa kerana membunuh datuk dan neneknya dengan kejam. Dia bagaimanapun mengukirkan senyuman manis semasa gambarnya dirakamkan untuk rekod polis. Katelyn Taylor 'senyum sehingga ke telinga' apabila fotonya diambil, selepas didakwa membunuh Eugene McDaniel, 82, dan Celeste McDaniel, 67, di kediaman mereka di Camden, Mississipi di Amerika Syarikat. Mayat kedua-dua warga emas itu ditemui pada 23 Mac, dan Taylor ditahan sejurus selepas itu. Dia didakwa dengan dua pertuduhan kerana membunuh. Menurut laporan Jackson Sun, polis enggan mengulas mengenai bagaimana dua warga emas itu dibunuh termasuk motif pembunuhan. - Metro UK