suria

Puteri Sepanyol kerabat diraja pertama meninggal dunia akibat Covid-19

Puteri Maria Teresa merupakan sepupu kepada Raja Sepanyol, Felipe VI.

PUTERI Maria Teresa dari Sepanyol meninggal dunia selepas disahkan positif jangkitan Covid-19.

Wanita itu yang juga sepupu kepada Raja Sepanyol, Felipe VI menjadi individu pertama dalam kalangan kerabat diraja yang maut akibat wabak itu.

Dia meninggal dunia pada usia 86 tahun di Paris pada Jumaat.

Puteri Maria merupakan profesor Sociologi di Complutense University, Madrid.

Dia turut diberi jolokan 'Red Princess' kerana sering memperjuangkan hak wanita dan idea sosialis.

Selain itu, Putera Charles turut disahkan positif Covid-19 yang kini meragut 1,019 nyawa di United Kingdom (UK).

Jurucakap istana memberitahu Putera Charles  mempunyai simptom ringan jangkitan itu tetapi kekal dalam keadaan sihat.

Putera Charles dan Ratu Elizabeth dilaporkan meninggalkan London dan kini berada di Istana Windsor untuk menjalani isolasi diri. - Metro.co.uk

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan